Syukur Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga team Muzik Dua Karya dan team yang terlibat untuk menjayakan single terbaru JULIEY yang berjudul  CHIKIBOM

  • Komposer  :   Rizz Edisi                                                                                                                             
  • Lirik             :  Zam Meletop 
  • Arrangment : Keyo K Sevent Studio
  • Video Editing : MD Faisal Anak Seni Studio
  • Label & Publishing : Muzik Dua Karya

dan tidak lupa pada semua peminat yang sentiasa menyokong.

BIODATA / PROFILE PROMO SINGLE UNTUK MEDIA DAN RADIO-RADIO MALAYSIA & INDONESIA, TALENT / ARTIST / SOLOIS / DUO / GROUP BAND.

Nama Artis : Juliey

Nama Facebook : Juliana Ab Razak

Nama IG : juliey_razak

Nama TikTok : JulieyRatuGendang

Email Artis : julieyana84@icloud.com

T.Lahir : 28 jun 1984

HOBI : Menyanyi dan bermain alat muzik traditional 

PENGALAMAN : Kerjaya seni bermula pada Tahun

CERITA : Juliey anak seni kelahiran Kelantan berketurunan melayu di kenali sebagai PENGHIBUR di Kelantan Malaysia kerana aktif di pentas sebagai penyanyi dan seorang pemain alat muzik tradisional.

Mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang pemain alat muzik tradisional Juliey menaiki pentas untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan, hotel-hotel dan pesta keramaian serta banyak lagi.

Berbekalkan dorongan dan pengalaman tersebut Juliey mula menyertai banyak pertandingan nyanyian yang di anjurkan oleh RTM sekitar di Negeri Kelantan Malaysia. Pada Tahun 1998, Juliey menyertai pertandingan nyanyian anjuran RTM dalam pertandingan bintang klasik dan pertandingan lagu-lagu daerah  Negeri dan menjadi johan sekaligus menjadi titik mula sebagai PENGHIBUR di kelantan Malaysia.  

Sangat aktif mengadakan persembahan secara tertutup VIP di hotel-hotel terkemuka dan di KARNIVAL mengikut kesesuaian majlis.

Juliey seorang penyanyi yang berkebolehan dan boleh membawa pelbagai genre lagu serta bahasa dan beliau adalah seorang yang periang, ramah dan mudah di dekati.

Berbekalkan kemahiran yang ada Juliey sebagai pemain alat muzik tradisional bergerak secara aktif untuk mengadakan persembahan sehinggalah salah satu persembahan beliau viral di Malaysia yang mana mendapat tontonan lebih dari 3.6 juta tontonan di tiktok.

Selain di kenali sebagai penghibur, bagi menghargai sokongan pengikutnya, Juliey melahirkan produk sendiri pada Tahun 2022 dan beliau kini merupakan seorang pengasas dan usahawan Kosmetik JM Beauty di Malaysia. Sibuk dengan tugas harian dan perniagaan, namun beliau seorang yang dekat di mata dan hati pengikutnya, Juliey sering berkomunikasi dengan pengikut secara aktif di Tiktok selain di media sosial yang lain seperti FACEBOOK dan IG. 

Lagu Chikibom merupakan single pertama dalam hidup beliau sebagai anak seni yang telah lama hadir dalam industri dan menjadi hadiah istimewa untuk pengikutnya. Tawaran dari syarikat MUZIK DUA KARYA untuk menjadikan Juliey sebagai ARTIS di bawah naungan mereka syarikat MUZIK DUA KARYA semestinya akan memeriahkan lagi industri muzik.