Syukur Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga team Muzik Dua Karya dan team yang terlibat untuk menjayakan single terbaru Dalina Band yang berjudul HARAPAN
- Komposer : Rizz Edisi
- Lirik : Zam Meletop
- Arrangment : Keyo K Sevent Studio ( Malaysia )
- Mixing & Mastering : Roelswara Composer ( Indonesia )
- Video Editing : MD Faisal Anak Seni Studio
- Label & Publishing : Muzik Dua Karya
dan tidak lupa pada semua peminat yang sentiasa menyokong.
BIODATA / PROFILE PROMO SINGLE UNTUK MEDIA DAN RADIO-RADIO MALAYSIA & INDONESIA, TALENT / ARTIST / SOLOIS / DUO / GROUP BAND.
Nama Artis :Ilham Dalina
Nama Facebook :ilham dalina
Nama IG :ilhamdalina_
Nama TikTok :@ilhamdalina
Email Artis :ilhamsukri15@gmail.com
T.Lahir :28/11/1995
HOBI : Menyanyi,mencipta lagu & bermain alat muzik (Gitar)
PENGALAMAN : Kerjaya seni bermula pada Tahun 2010 waktu tingkatan tiga.
CERITA : Ilham merupakan anak seni dari Jertih Terengganu berketurunan melayu dikenali sebagai vocalistdan Komposer yang bergiat aktif di pentas sebagai vocalist Dalina Band dan juga aktif berkarya dalam bidang mencipta lagu. selain itu ilham juga salah seorang ahli MACP berdaftar, bagi anak seni dalam bidang mencipta lagu “komposer muda”.
Ilham mula mengenal dalam bidang seni seperti bermain muzik terutama alat muzik “gitar” pada tahun 2010, dan belajar di salah satu kelas muzik yang bertempat di kota Bharu Kelantan. Pertama kali Ilham mula membuat persembahan pada tahun 2011 di pentas sekolah menengah dan membuat persembhan di pentas RTM Terengganu yang ketika itu RTM Terengganu mengadakan acara anak seni RTM Terengganu yang diadakan di Setiu Terengganu.
Berbekalkan dorongan dan pengalaman tersebut Ilham mula mengikuti pertandingan-pertandingan “Battle of the band” & Battle of the buskers diperingkat Negeri Terengganu bersama band beliau. Berkat usaha gigih Ilham bersama rakan-rakan ahli bandnya, Ilham mendapat tiga anugerah dalam battle of the buskers diperingkat Negeri Terengganu iaitu “Juara pertandingan” , “pengundi paling banyak” dan kumpulan paling popular dalam pertandingan tersebut, selepas memenangi pertandingan dan menjadi juara dalam pertandingan tersebut, dari situlah Ilham dan ahli bandnya dikenali ramai di Terengganu. Selepas mendapat pencapaian yang di impikan, dari situlah Ilham dan juga ahli bandnya mendapat jemputan membuat persembahan-persembahan di pentas besar, kecil, di Hotel dan di luar dari Terengganu.
Selain itu, Ilham telah menciptakan lagu yang pertama beliau untuk bandnya yaitu “Dalina Band” yang berjudul NONA, lagu NONA pernah dinobatkan lagu juara dalam pertandingn battle of buskers diperingkat Negeri Terengganu yang mana dalam pertandingan tersebut setiap ahli Band & Buskers harus perlu membuat lagu ciptaan sendiri untuk menyertai dalam pertandingan tersebut. Dengan rezeki dari yang Maha Esa, lagu NONA telah dipilih menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Setrusnya, Ilham dan juga ahli Bandnya “Dalina Band” bersepakat mencuba utk membuat Music Video pertama mereka di YouTube.
Seterusnya, Ilham juga menciptakan lagu single kedua “Dalina Band” yang berjdul “Cinta berakhir” lagu single kedua lebih mendapat sambutan ramai dan pernah di promosikan di radio Pahang dan radio Kelantan dan lagu “Cinta Berakhir” pernah mendapat sambutan ramai dan pernah dipromosikan oleh sosial media di Facebook antaranya adalah Page Kelantan , Pahang Fm, Tv dan lain-lain Page hampir di seluruh Page Facebook di Pantai Timur.
Lagu single yang ketiga Ilham dan ahli bandnya “DALINA BAND” yang berjudul “HARAPAN” merupakan lagu yang terbaru akan datang dan menjadi hadiah yang istimewa bagi Fans DALINA BAND. Lagu single ketiga adalah lagu yang diciptakan oleh komposer Rizz Edisi dan penulis liriknya Zam Meletop. Ini kerana Ilham dan juga ahli bandnya “Dalina Band” mendapat tawaran dari syarikat MUZIK DUA KARYA untuk kerjasama menjadikan artis BAND yang bergenre POP INDIE di bawah naungan MUZIK DUA KARYA semestinya akan memeriahkan lagi industri muzik.

